Saturday, March 22, 2014

Radiografi-UniSZA part 1

Assalamualaikum

Sebelum start apa-apa
saya nak memperkenalkan diri saya dahulu
saya ambil jurusan diploma Radiografi di UniSZA
nak masuk tahun kedua pengajian saya 
Radiografi ni dibawah Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan

ok, saya nak briefing sikit mengenai course yang saya ambil ni
saya  tahu mengenai course atau fakulti saya
saya tak banyak maklumat mengenai fakulti lain 
harap maklum ye!

mungkin ramai yang tertanya-tanya(bukan ramai, tapi hampir kesemuanya bertanya)
Radiografi? Bidang apa tu?
Ramai orang ingat Radiografi ni macam radio dj tu
ok, salah tanggapan anda tu!

Radiografi dalam bahasa yang mudah--X ray
ada kena-mengena dengan radioaktif, gamma, beta, alpha
alah, sama yang macam anda pernah belajar fizik di sekolah menengah dulu
tapi, radiografi ni bukan sahaja handle machine x-ray, kami juga belajar menggunakan MRI, CT-scan, Fluoroscopy, Mammography dan lain2

Ramai juga yang bertanya, "Tak bahaya ke ambil kos ni? Main2 dengan X-ray?"
"Eh, tak mandul ke nanti kalau kena X-ray ni? Nanti susah nak dapat anak"
bagi yang suka sangat travel naik flight, anda telah mendedahkan diri dengan x-ray yang bersamaan dosnya dengan satu chest x-ray!
Untuk pengetahuan anda semua, juru x-ray tak dedahkan dirinya directly to the x-ray machine
dan pesakit yang expose directly to x-ray
lagipun, belajar subjek Radiation Protection dan kami mengamalkannya semasa berpraktikal
ada antara pensyarah kami yang telah lama dalam bidang ini mempunyai zuriat yang ramai
jadi, tiada masalah!


Pengajian bagi course diploma Radiografi di UniSZA adalah selama 3 tahun setengah
bersamaan 7 semester
  
Bagi para lepasan SPM yang mahu mengambil jurusan ini
pastikan anda mengambil subjek BIOLOGY, PHYSICS DAN CHEMISTRY di sekolah menengah
3 subjek ini amat dititikberatkan dalam course Radiografi
BIOLOGY yang amat penting
Boleh sekiranya ada antara anda yang tidak mengambil BIOLOGY
akan tetapi, agak sukar bagi anda untuk lulus dalam subjek Anatomy&Physiology di semester 1 & 2 

Semasa di semester 1 antara subjek  teras yang perlu diambil oleh setiap pelajar: 
1.Anatomy&Physiology 1
2. Pathology 1
3. Applied Physics 1
4. Basic Imaging Technique
5.  Patient Care 1
6. Praktikum Klinikal 
Kursus Universiti yang ditawarkan a.k.a wajib ambil: 1. Bahasa Asing
2. Akidah& Akhlak
3. English 1
 Total : 9 SUBJEK 

Di semester 2 pula subjek yang perlu diambil adalah sebanyak 10 subjek
1.Anatomy&Physiology 2
2. Pathology 2
3. Applied Physics 2
4. General Imaging Technique
5.  Patient Care 2
6. Radiation Protection Principle
7. Praktikum Klinikal 2
Subjek Universiti: 1. English 2
2. Fiqh Ibadat
3. Kokurikulum(pilih Khidmat Masyarakat--cepat habis, tak penat)
Total : 10 SUBJEK

Semester 2 merupakan semester Zombie~~ bagi kami
setiap hari kelas bermula dari pagi sehingga petang
disambung pula dengan kelas malam (hampir setiap hari)
penat,penat sangat!

ok,cukup untuk intro!
ada soalan, sila bertanya :)



60 comments:

  1. salam kak sya nak tanya susah tak course ni sbb sya dapat tawaran ni dari unikl. lepastu orang cakap course ni susah nak dapat kerja and agak susah. pls reply meee

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Persoalan ttg susah atau tidak tu ikut pada minat dan kemampuan awak terhadap subjek2 dlm kos ni. Insyallah, kalau awak minat kos ni,takda masalah utk skor time praktikal dan exam kelak. Peluang pekerjaan sentiasa ada utk kos ni

    ReplyDelete
  3. salam kak..betul ke radiografi ni boleh smbg forensik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..boleh dik! Tapi kena further study lagi. Skop diploma masih belum meluas.

      Delete
  4. salam...boleh sambung ape lg kalau amik bidang radiografi nih?

    ReplyDelete
  5. salam..untuk jdi juru xray,,kene smbung degree lgi ke,,,??xbleyh ke setakat diploma jer...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Kalau ambil diploma pun dah boleh jadi juru xray. Just gaji tak semasyuk org yg ambil degree la ye.

      Delete
  6. Assalamualaikum.. kak, sy nk tny but soalan ni agak lucu sikit.. course yg kene ambil ni susah ke? sebbny sekali bace mcm tough.. sy nk dgr sndiri dari akak sincerely..please reply.. tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Nampak macam tough kan?haha... Hmmm..nak kata susah tu takdelah susah macam medic kot. Nak kata senang pun tak juga. Dia ikut kemampuan awak. Ada je kawan akak sem 1 dah gagal dan diberhentikan sebab tak boleh bawa kos ni. Ada je yang dari sem 1 score dekan. Terpulang pada diri sendiri. Kalau awak tanya akak, alhamdulillah akak survive je amik kos ni sampai tahu akhir :)

      Delete
  7. sebelum masuk unisza ada interview ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringkat diploma dan degree takda interview. Taktaula master ada ke tak.

      Delete
  8. Kak macam mana nak tahu kita minat tak kalau belum tahu sangat pasal radiografi ni? Bidang ni tekan kat subjek mana?

    ReplyDelete
  9. Kak macam mana nak tahu kita minat tak kalau belum tahu sangat pasal radiografi ni? Bidang ni tekan kat subjek mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ambil radiografi, bidang yang sangat ditekankan ialah Physics and Biology. Chemistry tu takda pun.Kalau awak nak tahu minat ke tak, kena try kot. Akak pun tak pasti. Huhu

      Delete
  10. nurul faizatul shahiraApril 3, 2015 at 7:22 PM

    salamm,kak.sya dpt course ni kat unikl.
    sye minat course ni,tp sye bimbang unikl ni swasta.
    lau kerajaan mmg sya amek dh.

    ReplyDelete
  11. salam kak. please answer. skop pekerjaan yg boleh diceburi apa ek? thankyouu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Berdasarkan pengetahuan akak,bagi peringkat diploma, just boleh jadi juru x-ray

      Delete
  12. kak kat sini ada course finance& course perdagangan international right? course tu selalu penuh tak and boleh bagitahu tak course apa yang tak ramai ambek/ ada kekosongan sebab kita nak buat rayuan upu and nak ambik dekat unisza.

    ReplyDelete
  13. As salam.. Akak kalau sye nak ambil bidang radiografer nie,, ade bljar bahase asing ke??

    ReplyDelete
  14. As salam.. Akak kalau sye nak ambil bidang radiografer nie,, ade bljar bahase asing ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Kalau kat unisza memang wajib kena ambil bahasa asing time sem 1. Tu dikira subjek universiti

      Delete
    2. Lagi satu. Bidang ni disebut Radiografi. Kalau radiografer tu juru xray 😉

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  15. assalamualaikum kak...apa beza MI dengan radiography?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.MI atau medical imaging dengan radiography tu sama je. Kalau kat unisza kos ni panggil radiography. Kalau kat uitm guna MI

      Delete
  16. kena amik foreign language? akak amik apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time akak dulu kursus yg ditawarkan ada dua je. Bahasa Thai dgn Vietnam. So, akak amik Thai. Dia ikut kursus apa yang available time tu

      Delete
  17. Assalamualaikum akak. Masa degree , boleh sambung bidang apa lagi , selain dr bidang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Waktu akak apply upu tu, banyak je kos yang available utk degree. Contohnya, sains forensik, sains nuklear, biomedical, medical radiation.

      Delete
    2. akak ambil diploma in radiography and then degree sekarang futher untuk course apa? maaf bertanya ☺️

      Delete
  18. Salam kak.. nk belajar MI ni fizik dia mendalam sgt ke atau just basic macam spm? saya minat pulak nk belajar x ray hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ashikin. Kalau kat unisza, subjek fizik ada time tahun 1 je. Macam fizik spm juga la. Lebih kurang. Tapi sekarang ni format baru. Berbeza sikit daripada time akak dulu. Akak tak pasti junior akak belajar macam mana

      Delete
  19. Salam kak.. nk belajar MI ni fizik dia mendalam sgt ke atau just basic macam spm? saya minat pulak nk belajar x ray hehe

    ReplyDelete
  20. salam kak :) semua subjek belajar dalam english ke?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum kak. Kalau fizik lagi better dr biology mcm mana? Boleh ke amik course ni? Sy mcm beminat. Better amik dkt unisza or uitm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh je. Tapi kalau dua2 ok lagi bagus. Hehe. Akak belajar kat unisza dik. Jadi tak pasti uitm macam mana :)

      Delete
  22. assalamualaikum subjek Anatomy&Physiology susah sangat ke? subjek tu ada hubung kait dengan biologi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam asyiqin. Of kos ada hubung kait yg sangat rapat. Haha. Anatomy tu structure of the human body while physiology is their function. Time akak dulu, study hard juga la utk subjek ni. Sebab dia lebih mendalam daripada bio spm. You can do it! :)

      Delete
  23. kak subject dye bljr dlm BI or BM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BI. Lecturer mengajar org Melayu. No worries :) tak paham tanya

      Delete
  24. Assalam...kak biasanya kos untuk pengajian diploma radiografi Untuk 1 sem ni brapa yer??

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum kak,,kalau saya amik form 6 saya amik bidang sastera,masa ijazah nnti saya bole amik bidang radiografi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam hamim. Akak tak pasti. Akak apply lepas spm. Utk requirement time apply tu subjek bio dan physics atau chemistry. Kalau lepasan stp, tak pasti. Maaf.

      Delete
  26. Akak, i think i will follow your steps.Saya pun dapat course sama pd uni yg sama dgn akak. Terima kasih atas rujukan diberi

    ReplyDelete
    Replies
    1. All the best junior! Akak dah grad.huhu. My pleasure :)

      Delete
  27. Akak.... Just nak tanya... Dip radiografi bole buat fast track ke??

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. akak...confius gilerr ni... terima radiografi unisza atau matrik...

    ReplyDelete
  30. akak...confius gilerr ni... terima radiografi unisza atau matrik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ikut kemampuan awak. Akak pun dapat matrik juga dulu, tapi akak amik diploma sbb tau kemampuan diri tu di tahap mana. Pape pun solat istikharah dulu.

      Delete
  31. salam awk,sya ni dah habis diploma medical imaging pointer pun not bad la dalam 3.90..sya nak kerja smbil further study...cuma sya nak mnta pendapat awk,kalau nk ambil degree awk rasa sya patut ambil bidang yg sama atau bidang yg lain..kalau ambil bidang lain apa yg boleh saya ambil,dan kalau saya ambil bidang yg sama apa kelebihan yg sama dapat?

    ReplyDelete
  32. Salam . saya dapat degree Mi dekat unisza . tapi degree ni just dapat akreditasi sementara. So mknanya tak lulus mqa lagi . cmna ya . saya risau jugak .

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum. nak tnya,, kalau kimia n biologi dapat c+ tapi fizik dapat b boleh ke diterima bidang radiografi?

    ReplyDelete
  34. SALAM .. saya nak tanya kalau fizk dan biplogi saya dapat C+ dan kimia saya B layak x mengambil jurusan kos ini ? mohon penjelasan .:)

    ReplyDelete
  35. salam, apa beza course radiografi dengan pengimejan perubatan? dua2 tu sama eh?

    ReplyDelete
  36. salam, kaka saya lepasan diploma dlm radiography ni.. nak tnay.. course apa lagi eh bleh smbung lps hbis diploma ni selain radiography ni?

    ReplyDelete