Sunday, March 30, 2014

Radiografi-UniSZA Part 2

Assalamualaikum
Saya akan sambung penulisan saya tentang praktikal

Setiap semester akan ada Praktikal
yup, praktikal di hospital yang terpilih
praktikal ni bermaksud pelajar akan berhadapan dengan pesakit(human being--bukan patung) dan kena merawat pesakit tersebut mengikut kehendak doktor
bukan main-main, ni betul-betul praktikal

semasa saya di sem 1, saya berpraktikal di HUSM selama 2 minggu
untuk makluman anda semua, pihak universiti hanya menyediakan tempat berpraktikal SAHAJA! 
yang juga membawa maksud =1. Rumah sewa-kena cari sendiri
2. Makan&minum- tanggung sendiri
3. Kenderaan- sendiri mau cari

Semester 1-lepasan SPM, kami sendiri berdikari mencari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kami berpraktikal
Begitu juga semasa saya berpraktikal di semester 2- Hospital Besut selama 1 bulan
banyak kos yang kami tanggung--1. Rumah sewa
2. Makan minum(sudah tentu)
3. Pengangkutan untuk ke tempat praktikal
4. Yuran asrama
5. Yuran Universiti
semuanya SDN BHD!
Setiap semester benda yang sama akan berlaku

Duit pinjaman PTPTN tak pernah cukup untuk menampung yuran universiti 
apatah lagi untuk digunakan semasa berpraktikal
jadi, sebelum membuat keputusan untuk mengambil course ini di UniSZA, berfikirlah dulu 3-4 kali

saya tidak bermaksud untuk  menghalang apatah lagi untuk melarang anda untuk mengambil bidang Radiografi di UniSZA
saya cuma tidak mahu ada yang menyesal atau mengeluh dengan semua bebanan yang bakal  ditanggung sepanjang TIGA TAHUN pengajian
saya sendiri penat setiap kali berhadapan dengan praktikal (tapi tak pernah menyesal)
mungkin sebab tiada pendedahan awal untuk bidang ini

Praktikal akan dijalankan setiap semester sehinggalah semester 7

Selepas setiap kali berpraktikal, kami akan menghadapi satu ujian yang dinamakan OSPE (tak ingat nama panjangnya)
OSPE ni ujian praktikal yang wajib LULUS bagi setiap pelajar
Ada 2 section dalam OSPE ni
Section A-- Ujian bertulis
Tengok filem X-ray/Radiograph dan kritik filem tersebut
SectionB-- Ujian amali
Pelajar akan diberi satu soalan dan jalankan pemeriksaan X-ray yang berkenaan dengan soalan tersebut
Jika GAGAL salah satu daripada section tersebut
pelajar diberi satu peluang untuk mengulang semula ujian 
Jika GAGAL lagi, pelajar terpaksa mengulang semula keseluruhan praktikal di hospital2 tertentu

Semasa berpraktikal di semester 2 di Hospital Besut

Pintu masuk ke bilik X-ray

Panel kawalan di bilik X-ray

Dalam bilik X-ray

Itu sahaja untuk kali ini
Ada soalan,sila bertanya :)


2 comments:

  1. Assalamualaikum kak,saya amik f6 bidang sastera.boleh tak saya amik degree course radiografi ni ?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete