Alhamdulillah, semester 6 telahpun berakhir
Jadi parents aku datang jemput aku kat Ganu ni
next sem, 3 bulan straight aku praktikal kat Kelantan
jadi balik Ganu balik hanya untuk ambil exam
2 hari sahaja di Kuala Terengganu aku gunakan dengan sebaiknya
First tempat aku bawa parents aku pergi ialah Kedai ICT (ikan celup tepung)
Yelah lagipun dah lewat petang
Niat di hati nak makan kat Kedai Pok Nong kat Mengaban Telipot, tapi dah lewat
for sure dah habis
Jadi aku makan kat Kedai ICT Firdausy betul2 kat tepi airport
*gambar tak sempat nak ambil, sebab lapar sangat.haha
Aku makan ikan kembung dan selayang, sotong dan cendawan semuanya bersalut tepung
Bagi orang luar mungkin agak pelik bila makan ICT ni tanpa nasi
kiranya macam ratah lauk la
Total termasuk air = RM 28
The next day breakfast dekat Kedai Mak Ngah Nasi Dagang, Chendering
Boleh search kat waze, InsyaAllah jumpa
Kedai dia lepas Masjid Sultan Ismail warna putih
Kedai ni feymes dengan nasi dagang berserta gulai ikan
sedap!
Ok, kali ni ada gambar
Nasi dagang, jelatah dan gulai ikan tongkol |
Keropok Lekor panas-panas |
Nasi dagang tu memang sikit, tapi kenyang kalau makan satu pinggan tu
Gulai ikan dia ada terung
Memang nice, sedap je
Keropok lekor kat sini(Ganu) kebanyakkan ikan lebih
kalau kat luar Ganu ni banyak jual yang lebih sagula, tepung la, ikan kurang
Keropok lekor dia ranggup ikan lebih
Next place>>> Pasar Payang
Pasar Payang ni terletak bersebelahan dengan Dataran Shahbandar
Ada dua tingkat
Tingkat bawah jual barang-barang keperluan, sayur, buah, keropok, kuih muih, rempah-ratus, beras
Tingkat bawah
Segala jenis pencicah/air lada(sos) ada. Cakap je nak cap apa |
Ni Gerai kuih Pok Him. Dia panggil pelanggan dia "Sayang Comey". S | emua orang dia sayang. hehe |
Ada 90 jenis kuih jual kat kedai ni |
Menganang- Ala2 kuih kemboja tapi banyak telur |
Locong. Orang kedai ni kata makan dengan santan |
Kuih Asam Gumpal. Takde asam pun. Kuih sagu bulat2 berinti kacang |
Cakap je nak kuih apa. Semua ada |
Keropok keping, serunding dan tid bits |
Buah keranji dalam perahu |
Ni bukan pingpong. Ni telur penyu. Aku tak beli sebab kesian penyu, dah nak pupus, Kita makan pula anak dia. Kesian. |
Kedai Rempah ratus |
Mak aku borong banyak keropok keping kat sini
Pening kepala aku tengok
Yelah mak aku borong bukan untuk jual, tapi nak bagi kat sedara-mara kat Selangor ni
Kan baik niat tu...ceh
Ni tingkat atas
Kain batik corak baru. Marble |
Next pergi jalan-jalan kat Kampung Cina
Kampung Cina ni terletak kat sebelah Pasar Payang
Dah namanya kampung Cina, ada ramai orang cina la.haha
Kat sini ada lukisan mural kat dinding kat lorong2 laluan
Kira macam kat Penang la
Lukisan 1Malaysia? |
Orang tu nak naik beca |
Love padlock. Tak payah ngade2 nak buat juga. Membazir mengarut |
Peti surat lama |
Lorong payung |
Ku hanya penghibur jalanan- Amir Jahari |
Penat juga jalan2 sebab tengahari kot
Panas sangat
Aku lunch kat rumah sedara
Kira lunch free la ni.haha
Untuk makan malam pula, aku pergi Medan ikan bakar bawah jambatan, Kuala Ibai
betul-betul bawah jambatan sebelah laut ke sungai? aku konfius jap
Kat sini ikan sotong udang segala seafood segar
sedap weyh! manis pula tu!
Sesi memilih seafood segar |
Hasil tangkapan harini |
Ni sungaikan? |
Sotong celup tepung the best! |
Ikan pari bakar |
Siakap 3 rasa |
Nak buat tempahan pun boleh |
Aku order ikan pari/tuke bakar, siakap 3 rasa dan sotong celup tepung
aku tak order nasi sebab kenyang makan free kat rumah sedara
ikan pari bakar dia sedap
siakap 3 rasa dia macam masak masam manis, kira 2 rasa jela
sotong celup tepung dia THE BEST!
sotong dia manis tak terlalu liat, tepung dia crunchy tak berminyak
memang aku recommend sotong celup tepung dia!
sampai sekarang terasa kesedapannya
Esoknya pagi-pagi lagi dah bertolak balik ke Selangor
Ohh lupa nak bagitau
Sepanjang kat Terengganu ni aku duduk homestay
JBK Lodging, Kg Pak Tijah dekat dengan airport
Tuan rumah dia baik friendly
Bilik luas selesa ada aircond dan wifi
Berpatutan harga bilik dia
Ok.Tu je. Tulis untuk lain kali
0 comments:
Post a Comment