Wednesday, November 27, 2019

Sinaran Perubatan/ Medical Radiation USM

Assalamualaikum

Mesti ramai orang tercari2 kan pasal tajuk kat atas ni
Lagi2 budak2 lepasan matrik/ diploma jenis taktau nak sambung apa
sebab sebelum ni(2014), aku pernah tulis pasal Diploma Radiografi
Tapi maaf la, penulisan tu dah takde sebab sekarang diorang dah ubahsuai silibus diploma tu
so ramai yang duk tanya2 tu aku tak balas sebab dah tak tahu perkembangan terkini 

Ok berbalik pada tajuk diatas
Aku dah final year so aku dah dapat la nak tulis serba sedikit pasal degree Medrad (for short)
Degree Medical Radiation ada kat USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan
Bukan Main Kampus nuu kat Penang
Sat lagi ada orang terkilan ambil kos ni, tapi nak belajar kat Penang

Medical Radiation ni banyak belajar pasal apa2 yang berkenaan dengan Radiasi kebanyakkannya ionizing radiation (dalam Radiology, Nuclear Medicine dan Radiotherapy), Radiation protection & safety, quality assurance machine
Yang belajar kat kuliah semua clinical based
Maksudnya belajar pasal mesin kat hospital la (dah namanya medical kan)
Tapi boleh je nanti nak kerja kat bahagian industri
sebab bahagian industri pun ada gak guna radiation ni macam Oil & Gas (jangan tanya pasal ni, aku takde pengalaman lagi)

Total 4 Tahun = 8 semester
tanpa dapat disingkatkan waktunya
Walaupun kau pernah la ambil diploma yang ada kena mengena dengannya
(macam kes aku, Diploma Radiografi just boleh tolak jam kredit. Nanti aku buat post lain pasal ni. Tu pun kalau ada yang berminat)

Untuk kos Medrad ni ada 140 unit untuk 4 Tahun
Maksudnya kau wajib habiskan 140 unit untuk kau grad
111 unit tu core course (subjek kos Medrad)
14 unit elective course ( subjek yang takde kena mengena sangat dengan kos medrad tapi wajib lengkapkan 14 unit tu. Contohnya subjek Stress Management)
15 unit University Course ( mcm BM)
Ni time aku daftar dulu 2014. Kot la time korang daftar tu diorang dah ubah unit.

First year First Sem
Kau banyak belajar benda basic jela
Anatomy Physiology, Physics, Biochemistry, Physchology, Intro Medrad
Benda2 asas
First year busy gak sebab kelas pagi-petang
Macam matrik la kelas pagi petang
Pastu petang kena ambil ko-k sampai Maghrib
Time first sem ni, aku nasihatkan korang ikut jela guideline course yang dia bagi tu
sebab first sem ni pack sangat
19 unit 
dan pastikan LULUS la semua subjek la
Payah la kalau ada gagal, nanti kena repeat bertimbun kerja kau
Tapi ada je kawan aku yang repeat, usaha lebih sikit la dan alhamdulillah lulus je

Second sem tu nak ambil kos elektif ambil la
Aku nasihatkan habiskan unit elektif sebelum masuk third year
sebab third year nanti boleh focus kat subjek course Medrad totally

Course ni akan ada clinical & industrial training/latihan industri (LI)
apa beza clinical dengan LI?
clinical macam praktikal kat hospital. tapi time dalam semester tu.
Contoh Tahun 3 Sem 2, ada clinical kat Radiology waktu pagi
petang tu pergi kelas macam biasa
LI ni praktikal time bukan dalam semester. Untuk kos ni, LI waktu cuti panjang 3 bulan waktu tukar sidang (tahun 3 nak masuk tahun 4 tu ada cuti sem panjang)
LI ni boleh pilih kat mana2 hospital, tempat industri, agensi
kalau clinical wajib buat kat HUSM
p/s: HUSM ni depan USM je. Hari2 jalan kaki gi clinical

Fourth Year
Clinical dekat Nuclear Medicine & Radiology HUSM
First sem 4th year ni memang takde kelas dah
pergi klinikal je hari2
takde exam
dengar macam heaven je takyah gi kelas takde exam kan
tapi itu semua tipu daya dunia
Setiap 2 minggu ada present case study
ada kena tulis logbook
kena submit report untuk subjek Quality Assurance
ada OSPE exam
Exam amali la
dan dah kena start writing thesis
Course ni kena tulis thesis tau untuk Final Year Project
Aku lagi suka gi kelas la jawab exam. haha

Fourth Year Second Sem
Clinical kat Radiotherapy Department
Still kena submit report Quality Assurance
Ada la satu kelas
dan kena submit thesis dan ada viva
Yang second sem ni aku taktau lagi macam mana keadaannya
nanti dah konvo aku update balik ok?

So nanti kerja jadi apa?
Setakat yang aku tahu,
kau boleh jadi:

- Pegawai Sains Fizik
ni kerja kat hospital. Yang aku tahu sekarang ni requirement nak kerja hospital kena sambung Master. Yang aku dengar la. So kau belajar 4 tahun, kau tambah la lagi setahun Master. Itupun kalau ada rezeki (nak cari kerja yang ada kena mengena ngn kita tak senang ye dik).
Role pegawai fizik untuk setiap department berbeza.
Contoh Pegawai Fizik kat Radiology department
ni kau akan handle bahagian Quality Control Machine kat hospital. Mesin rosak, first orang panggil kau untuk check apa problem sebelum panggil engineer.
Kalau kat Radiotherapy lain sikit
kau bertugas kat Treatment Planning System
Buat treament plan untuk rawat cancer patient. Tapi still kena buat quality control dan tulis report
Hidup kau memang akan tulis report panjang berjela nanti
Happy writing☺️☺️

- Radiation Protection Officer (RPO)
ni kena ambil sijil RPO tu. Google la harga kursus+sijil tu berapa. Kat hospital dan industri nak guna RPO ni. RPO ni la yang akan create emergency planning jika berlaku tumpahan radiasi ke etc etc

-Kerja bahagian industri macam Oil & Gas
tapi ni aku tak tahu sangat jawatan dia sebagai apa. Tahu serba sedikit pun sebab dengar Talk dari Alumni kerja oil & gas.

Ohh dan PALING PENTING!
Ambil kos ni TAK BOLEH jadi Juru-Xray
Walaupun silibus yang aku belajar banyak la juga pasal Radiology = xray = juru xray
tapi still bukan bidang untuk jadi juru xray.

Tu je. Sila tanya.


13 comments:

  1. hi! nak tanya requirement utk masuk usm mcm mana eh? dah cari tapi dia tak state berapa pointer. dia just cakap pasal result muet at least band 2 and pass the interview. hope you can help! hehe ☺️ thank you in advance!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya pun tak pasti. Kalau yg interview tu, hanya sesetengah course je yg ada interview. Course medical radiation ni tak perlu pun.

      Delete
  2. Kalau lepasan diploma radiografi,degree nanti boleh sambung course yang lain tak.selain radiografi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Saya lepasan diploma radiografi, tapi sambung degree medical radiation. Ada kawan yang sambung nursing pun boleh. Nak sambung degree medic pun boleh.

      Delete
  3. Tough tak belajar course ni...risau tak bole bawa plak😅 bnyk kira2 tak course ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada subjek math utk 2 sem. Pastu sem akhir pun ada calculation sikit2. Kalau lepasan matrik mungkin mudah sikit la sbb basically math tu dah belajar dr matrik. Tapi kalau macam sy lepasan diploma, memang last belajar math time spm dulu jela. So bagi sy,subjek math tu susah.

      Delete
    2. Hai...math dia basic saja ataupun mcm mana

      Delete
  4. ada internship ke lepas grad?if ada berapa lama ye?

    ReplyDelete
  5. 3D Models of Titanium trim as seen on tv
    3D Models titanium ion color of Titanium microtouch titanium trim as seen on guy tang titanium toner tv. You titanium body jewelry must tube supplier select your favorite model to make your next

    ReplyDelete
  6. Hi, boleh saya minta email puan? Saya ingin bertanya soalan lanjut mengenai course ini.

    ReplyDelete
  7. Kenapa klau sambung medical radiation ni tak boleh kerja juru xray ya?

    ReplyDelete
  8. saya student final year medical radiation , tengah risau sebab nak kena fikir untuk kerja apa bila dah graduate nanti sebab course ni tak banyak exposure pasal job opportunity yang boleh apply 🥹 tak tahu nak search apa

    ReplyDelete