Friday, July 30, 2021

Tips Buat Rumah Di Atas Tanah Sendiri #Adulting


 
Assalamualaikum

Hashtag tu tak boleh bla betul 😆

Ok la, dah menginjak alam 20-an ni takkan tak belajar jadi dewasa ye dok?

Ni alhamdulillah ada rezeki lebih sebelum dapat anak untuk buat rumah dulu

Memang dah plan dengan suami nak dapat anak lepas buat/beli rumah

Alhamdulillah tahun ni dah ada ruang dan peluang untuk buat rumah idaman

Yelah, sebelum ni duk berkongsi rumah dengan adik ipar

Nak masak buat kerja rumah semua kena bertudung litup

Bilik tidur jela tempat yang ada privasi

Tu pun kalau nak gaduh laki bini pun jadi segan sebab bilik adik ipar kat sebelah je

So sekarang dah ada peluang ni, cepat2 lah kita proceed dengan plan bina rumah ye dok?

Ok, sebelum merepek lebih panjang, aku kongsikan tips berdasarkan pengalaman aku untuk bina rumah di atas tanah sendiri (jangan tanah orang lain pula anda gi buat rumah). Lets go!

  • Pertama- Kondisi tanah

Kena tengok dulu kondisi tanah yang nak dibina rumah tu. Macam tanah aku ni dia jenis mendap. Kalau hujan lebat sikit, air tu bertakung dan naik paras betis. Dahla tanah tu rendah daripada jalanraya, memang air mengalir turun ke tanah aku tu. Pastu rumah tepi2 tu pula takde sistem saliran yang betul. Semua air longkang rumah diorang salirkan ke tanah aku. So faham2 jela tanah aku tu macam mana dah keadaanya. Jadi kenalah tambak tanah tu untuk bagi sama level atau atas sikit daripada jalanraya supaya rumah aku nanti takda la masuk air banjir bila hujan lebat. Duit aku habis banyak kat sini😓💸

  • Kedua- Lakaran awal floor plan

Bila tahu keluasan tanah tu, bincang la sama2 dengan pasangan atau keluarga nak rumah tu besar mana. Buat lakaran bodoh je dulu mula2 supaya kita tahu berapa banyak bilik kita nak, tandas berapa, ruangtamu nak letak kat mana, dapur nak combine dengan dining room ke, nak veranda tak, setingkat ke bertingkat2. Pastikan tahu la bajet untuk rumah tu. Carilah idea floor plan kat Pinterest, berlambak. Bila dah ada lakaran awal tu, at least takda la blur je bila jumpa kontraktor. 

  • Ketiga- Cari kontraktor yang bertauliah

Ni part paling penting ok. Sebab banyak sangat isu kontraktor lari la, kerja tak siap apa semua. Paling bagus sekali, ambil la kontraktor bumiputera. Anda jangan setuju je dengan kontraktor yang first yang anda jumpa tu, tapi cari kontraktor dalam 3/4 orang untuk bandingkan harga, kualiti kerja. Aku ada cari dan jumpa so-called-kontraktor indon ni (konfem bukan kontraktor sebab takda syarikat apa semua). Aku tahu ni pun sebab dia renovate rumah mak mertua aku. Memang hasil kerja, finishing semua elok dan cantik. TAPI! Harga dia letak tu harga Yahudi la senang cerita. Dia ambil satu kaki tu RM 200 paling minima dia kata. Dia bagi la reason cakap design yang rumah aku nak ni moden la, dia buat finishing berkualiti la. Aku cakap la aku jumpa kontraktor tawar harga murah sikit. Dia komen kata tu kontraktor level kampung2. Haha, dah memang tanah aku tu sekarang kat kampung, takkan aku nak bayar harga tahap dato bandar kolumpo. Pergh kau, duk Malaysia tak bayar cukai, tapi mark up harga macam hape. Dia pun bagitau la yang dia biasa buat rumah datuk itu ini. Patut pun time suami aku tanya awal2 berapa RM dia amik sekaki dia tak jawab2. TAKE NOTE ye guys, harga standard rumah di area Selangor per kaki dalam anggaran RM120-RM150. Ada tinggi sikit dalam RM170. Yang aku tahu, harga diletakkan ni berdasarkan berapa keluasan rumah bukan berdasarkan design rumah anda modern ke kampung ke. Nak charge based on design tu untuk interior design barulah masuk akal sikit. So kalau kau rasa nak bagi so-called indon tu kaya, gunalah perkhidmatannya👍 Aku marah ni.

Bab harga kontraktor letak ni berbeza2. Ada yang letak harga murah, tapi tak termasuk pemasangan gril la, atap guna atap metaldeck/zink kilang bukan atap geting, sinki paip beli sendiri la, kipas lampu tak termasuk la. So kita kena pandai2 la tanya/siasat semua secara terperinci untuk elak rasa diri ditipu dengan kemurahan harga yang diberi.

  • Keempat- Bajet

Bajet ni pun sangat la penting. Ni untuk elakkan kerja pembinaan tergendala ditengah jalan akibat fulus anda terputus bekalannya. Haha, sedih woi! Rumah dah siap tapi tak boleh duduk lagi sebab takda bajet nak pasang gril dengan langsir. Aku bagi kira2 basic jela ni. Contoh total rumah tu dalam RM150k. Anda perlu ada wang tambahan dalam lebih kurang RM20k lagi. Ni untuk bayaran tambahan dikemudian hari yang tetiba anda kena bayar sikit sana sikit sini termasuklah bayaran untuk pindah rumah tu. Jangan sediakan duit tu cukup2 je, kena tambah2 sikit untuk perkara tak dijangka nanti.

Aku rasa tu je kot. Kalau ada yang teringat nanti aku tambah balik. Nanti aku nak share story pasal Dream House aku. Bye!



Wednesday, November 27, 2019

Sinaran Perubatan/ Medical Radiation USM

Assalamualaikum

Mesti ramai orang tercari2 kan pasal tajuk kat atas ni
Lagi2 budak2 lepasan matrik/ diploma jenis taktau nak sambung apa
sebab sebelum ni(2014), aku pernah tulis pasal Diploma Radiografi
Tapi maaf la, penulisan tu dah takde sebab sekarang diorang dah ubahsuai silibus diploma tu
so ramai yang duk tanya2 tu aku tak balas sebab dah tak tahu perkembangan terkini 

Ok berbalik pada tajuk diatas
Aku dah final year so aku dah dapat la nak tulis serba sedikit pasal degree Medrad (for short)
Degree Medical Radiation ada kat USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan
Bukan Main Kampus nuu kat Penang
Sat lagi ada orang terkilan ambil kos ni, tapi nak belajar kat Penang

Medical Radiation ni banyak belajar pasal apa2 yang berkenaan dengan Radiasi kebanyakkannya ionizing radiation (dalam Radiology, Nuclear Medicine dan Radiotherapy), Radiation protection & safety, quality assurance machine
Yang belajar kat kuliah semua clinical based
Maksudnya belajar pasal mesin kat hospital la (dah namanya medical kan)
Tapi boleh je nanti nak kerja kat bahagian industri
sebab bahagian industri pun ada gak guna radiation ni macam Oil & Gas (jangan tanya pasal ni, aku takde pengalaman lagi)

Total 4 Tahun = 8 semester
tanpa dapat disingkatkan waktunya
Walaupun kau pernah la ambil diploma yang ada kena mengena dengannya
(macam kes aku, Diploma Radiografi just boleh tolak jam kredit. Nanti aku buat post lain pasal ni. Tu pun kalau ada yang berminat)

Untuk kos Medrad ni ada 140 unit untuk 4 Tahun
Maksudnya kau wajib habiskan 140 unit untuk kau grad
111 unit tu core course (subjek kos Medrad)
14 unit elective course ( subjek yang takde kena mengena sangat dengan kos medrad tapi wajib lengkapkan 14 unit tu. Contohnya subjek Stress Management)
15 unit University Course ( mcm BM)
Ni time aku daftar dulu 2014. Kot la time korang daftar tu diorang dah ubah unit.

First year First Sem
Kau banyak belajar benda basic jela
Anatomy Physiology, Physics, Biochemistry, Physchology, Intro Medrad
Benda2 asas
First year busy gak sebab kelas pagi-petang
Macam matrik la kelas pagi petang
Pastu petang kena ambil ko-k sampai Maghrib
Time first sem ni, aku nasihatkan korang ikut jela guideline course yang dia bagi tu
sebab first sem ni pack sangat
19 unit 
dan pastikan LULUS la semua subjek la
Payah la kalau ada gagal, nanti kena repeat bertimbun kerja kau
Tapi ada je kawan aku yang repeat, usaha lebih sikit la dan alhamdulillah lulus je

Second sem tu nak ambil kos elektif ambil la
Aku nasihatkan habiskan unit elektif sebelum masuk third year
sebab third year nanti boleh focus kat subjek course Medrad totally

Course ni akan ada clinical & industrial training/latihan industri (LI)
apa beza clinical dengan LI?
clinical macam praktikal kat hospital. tapi time dalam semester tu.
Contoh Tahun 3 Sem 2, ada clinical kat Radiology waktu pagi
petang tu pergi kelas macam biasa
LI ni praktikal time bukan dalam semester. Untuk kos ni, LI waktu cuti panjang 3 bulan waktu tukar sidang (tahun 3 nak masuk tahun 4 tu ada cuti sem panjang)
LI ni boleh pilih kat mana2 hospital, tempat industri, agensi
kalau clinical wajib buat kat HUSM
p/s: HUSM ni depan USM je. Hari2 jalan kaki gi clinical

Fourth Year
Clinical dekat Nuclear Medicine & Radiology HUSM
First sem 4th year ni memang takde kelas dah
pergi klinikal je hari2
takde exam
dengar macam heaven je takyah gi kelas takde exam kan
tapi itu semua tipu daya dunia
Setiap 2 minggu ada present case study
ada kena tulis logbook
kena submit report untuk subjek Quality Assurance
ada OSPE exam
Exam amali la
dan dah kena start writing thesis
Course ni kena tulis thesis tau untuk Final Year Project
Aku lagi suka gi kelas la jawab exam. haha

Fourth Year Second Sem
Clinical kat Radiotherapy Department
Still kena submit report Quality Assurance
Ada la satu kelas
dan kena submit thesis dan ada viva
Yang second sem ni aku taktau lagi macam mana keadaannya
nanti dah konvo aku update balik ok?

So nanti kerja jadi apa?
Setakat yang aku tahu,
kau boleh jadi:

- Pegawai Sains Fizik
ni kerja kat hospital. Yang aku tahu sekarang ni requirement nak kerja hospital kena sambung Master. Yang aku dengar la. So kau belajar 4 tahun, kau tambah la lagi setahun Master. Itupun kalau ada rezeki (nak cari kerja yang ada kena mengena ngn kita tak senang ye dik).
Role pegawai fizik untuk setiap department berbeza.
Contoh Pegawai Fizik kat Radiology department
ni kau akan handle bahagian Quality Control Machine kat hospital. Mesin rosak, first orang panggil kau untuk check apa problem sebelum panggil engineer.
Kalau kat Radiotherapy lain sikit
kau bertugas kat Treatment Planning System
Buat treament plan untuk rawat cancer patient. Tapi still kena buat quality control dan tulis report
Hidup kau memang akan tulis report panjang berjela nanti
Happy writing☺️☺️

- Radiation Protection Officer (RPO)
ni kena ambil sijil RPO tu. Google la harga kursus+sijil tu berapa. Kat hospital dan industri nak guna RPO ni. RPO ni la yang akan create emergency planning jika berlaku tumpahan radiasi ke etc etc

-Kerja bahagian industri macam Oil & Gas
tapi ni aku tak tahu sangat jawatan dia sebagai apa. Tahu serba sedikit pun sebab dengar Talk dari Alumni kerja oil & gas.

Ohh dan PALING PENTING!
Ambil kos ni TAK BOLEH jadi Juru-Xray
Walaupun silibus yang aku belajar banyak la juga pasal Radiology = xray = juru xray
tapi still bukan bidang untuk jadi juru xray.

Tu je. Sila tanya.


Tuesday, November 3, 2015

Jalan(g)-Jalan(g) Terengganu

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, semester 6 telahpun berakhir
Jadi parents aku datang jemput aku kat Ganu ni
next sem, 3 bulan straight aku praktikal kat Kelantan
jadi balik Ganu balik hanya untuk ambil exam

2 hari sahaja di Kuala Terengganu aku gunakan dengan sebaiknya
First tempat aku bawa parents aku pergi ialah Kedai ICT (ikan celup tepung)
Yelah lagipun dah lewat petang
Niat di hati nak makan kat Kedai Pok Nong kat Mengaban Telipot, tapi dah lewat
for sure dah habis

Jadi aku makan kat Kedai ICT Firdausy betul2 kat tepi airport
*gambar tak sempat nak ambil, sebab lapar sangat.haha
Aku makan ikan kembung dan selayang, sotong dan cendawan semuanya bersalut tepung
Bagi orang luar mungkin agak pelik bila makan ICT ni tanpa nasi
kiranya macam ratah lauk la

Total termasuk air = RM 28

The next day breakfast dekat Kedai Mak Ngah Nasi Dagang, Chendering
Boleh search kat waze, InsyaAllah jumpa
Kedai dia lepas Masjid Sultan Ismail warna putih
Kedai ni feymes dengan nasi dagang berserta gulai ikan
sedap!

Ok, kali  ni ada gambar 


Nasi dagang, jelatah dan gulai ikan tongkol

Keropok Lekor panas-panas

Nasi dagang tu memang sikit, tapi kenyang kalau makan satu pinggan tu
Gulai ikan dia ada terung
Memang nice, sedap je
Keropok lekor kat sini(Ganu) kebanyakkan ikan lebih
kalau kat luar Ganu ni banyak jual yang lebih sagula, tepung la, ikan kurang
Keropok lekor dia ranggup ikan lebih

Next place>>> Pasar Payang
Pasar Payang ni terletak bersebelahan dengan Dataran Shahbandar
Ada dua tingkat
Tingkat bawah jual barang-barang keperluan, sayur, buah, keropok, kuih muih, rempah-ratus, beras




Tingkat bawah

Segala jenis pencicah/air lada(sos) ada. Cakap je nak cap apa

Ni Gerai kuih Pok Him. Dia panggil pelanggan dia "Sayang Comey". Semua orang dia sayang. hehe

Ada 90 jenis kuih jual kat kedai ni

Menganang- Ala2 kuih kemboja tapi banyak telur

Locong. Orang kedai ni kata makan dengan santan

Kuih Asam Gumpal. Takde asam pun. Kuih sagu bulat2 berinti kacang

Cakap je nak kuih apa. Semua ada

Keropok keping, serunding dan tid bits

Buah keranji dalam perahu

Ni bukan pingpong. Ni telur penyu. Aku tak beli sebab kesian penyu, dah nak pupus, Kita makan pula anak dia. Kesian.


Kedai Rempah ratus




Mak aku borong banyak keropok keping kat sini
Pening kepala aku tengok
Yelah mak aku borong bukan untuk jual, tapi nak bagi kat sedara-mara kat Selangor ni
Kan baik niat tu...ceh 

Ni tingkat atas


Kain batik corak baru. Marble



Next pergi jalan-jalan kat Kampung Cina
Kampung Cina ni terletak kat sebelah Pasar Payang
Dah namanya kampung Cina, ada ramai orang cina la.haha
Kat sini ada lukisan mural kat dinding kat lorong2 laluan
Kira macam kat Penang la

Lukisan 1Malaysia?


Orang tu nak naik beca

Love padlock. Tak payah ngade2 nak buat juga. Membazir mengarut

Peti surat lama


Lorong payung






Ku hanya penghibur jalanan- Amir Jahari


Penat juga jalan2 sebab tengahari kot
Panas sangat

 Aku lunch kat rumah sedara
Kira lunch free la ni.haha

Untuk makan malam pula, aku pergi Medan ikan bakar bawah jambatan, Kuala Ibai
betul-betul bawah jambatan sebelah laut ke sungai? aku konfius jap
Kat sini ikan sotong udang segala seafood segar
sedap weyh! manis pula tu!

Sesi memilih seafood segar



Hasil tangkapan harini

Ni sungaikan?


Sotong celup tepung the best!

Ikan pari bakar

Siakap 3 rasa


Nak buat tempahan pun boleh

 Aku order ikan pari/tuke bakar, siakap 3 rasa dan sotong celup tepung
aku tak order nasi sebab kenyang makan free kat rumah sedara
ikan pari bakar dia sedap
siakap 3 rasa dia macam masak masam manis, kira 2 rasa jela
sotong celup tepung dia THE BEST!
sotong dia manis tak terlalu liat, tepung dia crunchy tak berminyak
memang aku recommend sotong celup tepung dia! 
sampai sekarang terasa kesedapannya

Esoknya pagi-pagi lagi dah bertolak balik ke Selangor
Ohh lupa nak bagitau
Sepanjang kat Terengganu ni aku duduk homestay
JBK Lodging, Kg Pak Tijah dekat dengan airport
Tuan rumah dia baik friendly
Bilik luas selesa ada aircond dan wifi
Berpatutan harga bilik dia

Ok.Tu je. Tulis untuk lain kali