Friday, July 30, 2021

Tips Buat Rumah Di Atas Tanah Sendiri #Adulting


 
Assalamualaikum

Hashtag tu tak boleh bla betul 😆

Ok la, dah menginjak alam 20-an ni takkan tak belajar jadi dewasa ye dok?

Ni alhamdulillah ada rezeki lebih sebelum dapat anak untuk buat rumah dulu

Memang dah plan dengan suami nak dapat anak lepas buat/beli rumah

Alhamdulillah tahun ni dah ada ruang dan peluang untuk buat rumah idaman

Yelah, sebelum ni duk berkongsi rumah dengan adik ipar

Nak masak buat kerja rumah semua kena bertudung litup

Bilik tidur jela tempat yang ada privasi

Tu pun kalau nak gaduh laki bini pun jadi segan sebab bilik adik ipar kat sebelah je

So sekarang dah ada peluang ni, cepat2 lah kita proceed dengan plan bina rumah ye dok?

Ok, sebelum merepek lebih panjang, aku kongsikan tips berdasarkan pengalaman aku untuk bina rumah di atas tanah sendiri (jangan tanah orang lain pula anda gi buat rumah). Lets go!

  • Pertama- Kondisi tanah

Kena tengok dulu kondisi tanah yang nak dibina rumah tu. Macam tanah aku ni dia jenis mendap. Kalau hujan lebat sikit, air tu bertakung dan naik paras betis. Dahla tanah tu rendah daripada jalanraya, memang air mengalir turun ke tanah aku tu. Pastu rumah tepi2 tu pula takde sistem saliran yang betul. Semua air longkang rumah diorang salirkan ke tanah aku. So faham2 jela tanah aku tu macam mana dah keadaanya. Jadi kenalah tambak tanah tu untuk bagi sama level atau atas sikit daripada jalanraya supaya rumah aku nanti takda la masuk air banjir bila hujan lebat. Duit aku habis banyak kat sini😓💸

  • Kedua- Lakaran awal floor plan

Bila tahu keluasan tanah tu, bincang la sama2 dengan pasangan atau keluarga nak rumah tu besar mana. Buat lakaran bodoh je dulu mula2 supaya kita tahu berapa banyak bilik kita nak, tandas berapa, ruangtamu nak letak kat mana, dapur nak combine dengan dining room ke, nak veranda tak, setingkat ke bertingkat2. Pastikan tahu la bajet untuk rumah tu. Carilah idea floor plan kat Pinterest, berlambak. Bila dah ada lakaran awal tu, at least takda la blur je bila jumpa kontraktor. 

  • Ketiga- Cari kontraktor yang bertauliah

Ni part paling penting ok. Sebab banyak sangat isu kontraktor lari la, kerja tak siap apa semua. Paling bagus sekali, ambil la kontraktor bumiputera. Anda jangan setuju je dengan kontraktor yang first yang anda jumpa tu, tapi cari kontraktor dalam 3/4 orang untuk bandingkan harga, kualiti kerja. Aku ada cari dan jumpa so-called-kontraktor indon ni (konfem bukan kontraktor sebab takda syarikat apa semua). Aku tahu ni pun sebab dia renovate rumah mak mertua aku. Memang hasil kerja, finishing semua elok dan cantik. TAPI! Harga dia letak tu harga Yahudi la senang cerita. Dia ambil satu kaki tu RM 200 paling minima dia kata. Dia bagi la reason cakap design yang rumah aku nak ni moden la, dia buat finishing berkualiti la. Aku cakap la aku jumpa kontraktor tawar harga murah sikit. Dia komen kata tu kontraktor level kampung2. Haha, dah memang tanah aku tu sekarang kat kampung, takkan aku nak bayar harga tahap dato bandar kolumpo. Pergh kau, duk Malaysia tak bayar cukai, tapi mark up harga macam hape. Dia pun bagitau la yang dia biasa buat rumah datuk itu ini. Patut pun time suami aku tanya awal2 berapa RM dia amik sekaki dia tak jawab2. TAKE NOTE ye guys, harga standard rumah di area Selangor per kaki dalam anggaran RM120-RM150. Ada tinggi sikit dalam RM170. Yang aku tahu, harga diletakkan ni berdasarkan berapa keluasan rumah bukan berdasarkan design rumah anda modern ke kampung ke. Nak charge based on design tu untuk interior design barulah masuk akal sikit. So kalau kau rasa nak bagi so-called indon tu kaya, gunalah perkhidmatannya👍 Aku marah ni.

Bab harga kontraktor letak ni berbeza2. Ada yang letak harga murah, tapi tak termasuk pemasangan gril la, atap guna atap metaldeck/zink kilang bukan atap geting, sinki paip beli sendiri la, kipas lampu tak termasuk la. So kita kena pandai2 la tanya/siasat semua secara terperinci untuk elak rasa diri ditipu dengan kemurahan harga yang diberi.

  • Keempat- Bajet

Bajet ni pun sangat la penting. Ni untuk elakkan kerja pembinaan tergendala ditengah jalan akibat fulus anda terputus bekalannya. Haha, sedih woi! Rumah dah siap tapi tak boleh duduk lagi sebab takda bajet nak pasang gril dengan langsir. Aku bagi kira2 basic jela ni. Contoh total rumah tu dalam RM150k. Anda perlu ada wang tambahan dalam lebih kurang RM20k lagi. Ni untuk bayaran tambahan dikemudian hari yang tetiba anda kena bayar sikit sana sikit sini termasuklah bayaran untuk pindah rumah tu. Jangan sediakan duit tu cukup2 je, kena tambah2 sikit untuk perkara tak dijangka nanti.

Aku rasa tu je kot. Kalau ada yang teringat nanti aku tambah balik. Nanti aku nak share story pasal Dream House aku. Bye!



0 comments:

Post a Comment